RECMO VIII 2009
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


SATU HATI, SATU DESTINASI, SATU REALISASI
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in
Latest topics
» Pills In Ass
BMW Sauber sah tinggalkan F1 EmptyWed Aug 03, 2011 8:09 pm by Guest

» антицеллюлитные средства от ив роше
BMW Sauber sah tinggalkan F1 EmptyTue Aug 02, 2011 3:44 am by Guest

» Viva Pinata Bottle Of Medicine
BMW Sauber sah tinggalkan F1 EmptySun Jul 31, 2011 3:34 pm by Guest

» search engine ranking tips backlinks services
BMW Sauber sah tinggalkan F1 EmptySun Jul 31, 2011 1:45 am by Guest

» Walgreens Drug Store Shoreline Wa
BMW Sauber sah tinggalkan F1 EmptyThu Jul 28, 2011 10:33 am by Guest

» kesian pd comite ane yg mmg komited
BMW Sauber sah tinggalkan F1 EmptyTue Sep 01, 2009 1:10 am by cicakosasuke

» FORUM RECMO
BMW Sauber sah tinggalkan F1 EmptyThu Aug 20, 2009 5:16 am by Blacklist

» Family Day KE-2 !!! Betul ke ade?
BMW Sauber sah tinggalkan F1 EmptyTue Aug 18, 2009 1:23 am by Blacklist

» English Premier League
BMW Sauber sah tinggalkan F1 EmptyMon Aug 17, 2009 11:10 pm by influenza_09

Navigation
 Portal
 Index
 Memberlist
 Profile
 FAQ
 Search
Search
 
 

Display results as :
 
Rechercher Advanced Search

 

 BMW Sauber sah tinggalkan F1

Go down 
AuthorMessage
amado
Admin
amado


Posts : 42
Join date : 2009-07-15
Age : 95
Location : Feld IJOK

BMW Sauber sah tinggalkan F1 Empty
PostSubject: BMW Sauber sah tinggalkan F1   BMW Sauber sah tinggalkan F1 EmptyThu Jul 30, 2009 6:24 pm

BERLIN - Pengeluar kereta terkemuka Jerman, BMW mengumumkan akan menarik diri daripada perlumbaan kereta Formula Satu (F1) pada penghujung musim ini.

BMW yang mengambil alih pasukan Sauber pada penghujung tahun 2005 menjelaskan, keputusan untuk menarik diri dibuat kerana ingin menggunakan sumber terhad mereka terhadap pembangunan di sektor lain.

"Kumpulan BMW tidak akan meneruskan kempen dalam F1 selepas penghujung musim 2009," kata Pengerusi dan Ketua Eksekutif BMW, Norbert Reithofer.

"Sumber kami amat diperlukan untuk digunakan dalam projek pembangunan teknologi pemanduan yang baru serta projek-projek lain,

"BMW bagaimanapun akan terus aktif melibatkan diri dalam perlumbaan motosport yang lain."

Sementara itu, Pengarah Motosport BMW, Mario Theissen menjelaskan mereka menerima keputusan tersebut dan akan memberi tumpuan penuh terhadap baki saingan musim terakhir ini.

"Sudah tentu kami pekerja-pekerja BMW di Hinwil dan Munich ingin meneruskan kempen dalam perlumbaan F1 dan membuktikan bahawa kami mampu untuk meraih kejayaan selepas tiga musim yang membanggakan," kata Theissen.

"Namun saya boleh faham mengapa keputusan ini dibuat dari perspektif korporat. Bagaimanapun kami akan fokus terhadap baki saingan musim ini dan menunjukkan semangat juang bagi menghasilkan keputusan yang terbaik."

BMW Sauber yang menduduki tempat ketiga keseluruhan bagi kategori pengeluar musim lepas, berdepan dengan musim yang sukar tahun ini apabila Nick Heidfeld dan Robert Kubica masing-masing sekadar menduduki tempat ke-13 dan 15.

"Kami hanya mengambil masa tiga tahun untuk meletakkan pasukan dalam kelompok tiga terbaik tahun lepas," tambah Theissen. - Agensi
Back to top Go down
https://recmo09.forumotion.net
 
BMW Sauber sah tinggalkan F1
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
RECMO VIII 2009 :: LIFESTYLE :: THE SPORT CHANNEL-
Jump to: